Jom Infaq

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah memeberikan kita rahmat, taufiq, hidayah serta inayahnya sehingga kita dapat melaksanakan segala aktiviti harian kita. Semoga segala amal yang kita lakukan mendapat tempat disisi Allah serta mendapat rahmatnya. Amiin ya rabbal ‘alamiin.

Selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat baginda, mudah-mudahan kita semua mendapat syafa’at baginda baik di dunia mahupun di akhirat. Amiin ya rabba’alamiin.

Saya dengan rasa rendah diri ingin mengajukan permohonan bantuan dana bagi menjayakan program pengajian Al-Quran di Pusat Pengajian Al-Quran Nur Wahyu di Ampang Selangor. Tujuan Pusat pengajian Al-Quran ini di buka adalah bagi mewujudkan masyarakat madani yang berlandaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. disamping itu juga bagi melahirkan generasi yang celik Al-Quran.

Maka bagi menjayakan program ini saya menyeru kepada Tan Sri/ Dato/ Datin/Tuan-Tuan dan Puan-Puan agar dapat memberikan sumbangan ikhlas bagi tujuan ini.

Firman Allah S.W.T;-

مَّثَلُ ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ أَمۡوَ ⁠لَهُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِی كُلِّ سُنۢبُلَةࣲ مِّا۟ئَةُ حَبَّةࣲۗ وَٱللَّهُ یُضَـٰعِفُ لِمَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ وَ ⁠سِعٌ عَلِیمٌ

“Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

[Surah Al-Baqarah: 261]

Semoga Tan Sri/Dato’/Datin/Tuan² dan Puan² dapat mengumpul saham akhirat dengan membantu kami meneruskan Kerja Dakwah dan melahirkan lebih ramai lagi Masyarakat yang mencintai Al-Quran.

InsyaAllah selagi mana Pusat Pengajian ini berdiri & pelajarnya beramal serta berdakwah dengannya selagi itulahTan Sri/Dato’/Datin/Tuan² dan Puan² mendapat manfaatnya dunia akhirat.

Jadi marilah berinfaq & niatkan pahalanya untuk diri sendiri dan juga kepada ahli keluarga kita…

Design a site like this with WordPress.com
Get started