JOM BELAJAR TAJWID (BAB 8)

5. Al-Khaisyum
Ia bermaksud Rongga Hidung. Makhraj Khaisyum hanya khusus untuk ghunnah (dengung) sahaja. Dengung mestilah dikeluarkan melalui rongga hidung. Dengung hanya berlaku pada huruf Mim ( م ) dan Nun ( ن ) yang berbaris mati dan syaddah (sabdu) sahaja.

Gambar di bawah ini dinyatakan sekali contoh-contoh bacaan dengung:

Bersambung….

Nak belajar Mengaji?

JOM BELAJAR TAJWID (BAB 7)

4. As-Jauf

  • Ia bermaksud rongga mulut. Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj khusus bagi huruf-huruf Mad yang dikeluarkan melalui Rongga Mulut. Terdapat 3 huruf mad yang keluar dari rongga mulut, iaitu: ( ي و ا ).

Berambung…..

Klik Sini–> Nak Belajar Mengaji

JOM BELAJAR TAJWID (BAB 6)

3. As-Syafatain
Ia bermaksud bibir mulut. Terdapat 4 huruf Syafatain, iaitu: ( ف و م ب ). Makhraj ini ini hanya terbahagi kepada 2 bahagian khusus sahaja:

1) Bibir Bawah ditekan ke Gigi Kapak bahagian atas: ( ف )
2) Bibir Bawah dan Atas posisi rapat: (و م ب)

Senang ke susah nak belajar Tajwid ni?

Klik Sini –> NAK MULA BELAJAR MENGAJI?

JOM BELAJAR TAJWID (BAB 5)

َ2. Al-Lisan
Ia bermaksud lidah. Terdapat 18 huruf Lisan atau Lidah, iaitu: ( ر ن ل ض ج ش ي ك ق س ز ص ظ ذ ث ط د ت ). Makhraj Lidah ini terbahagi kepada 4 bahagian lidah iaitu Pangkal, tengah, tepi dan depan, daripada 4 bahagian tadi pula terbahagi kepada 10 bahagian khusus lihat gambar rajah di bawah:

1) Pangkal lidah, berhampiran dengan kerongkong menyentuh bahagian anak tekak: ( ق )

2) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ( ك )

3) Tengah lidah ditekan ke lelangit atas: ( ي ج ش )

4) Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam): ( ض )

5) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam): ( ل ) 

6) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam: ( ن )

7) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah bahagian belakang: ( ر )

8) Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: ( س ز ص )

9) Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ( د ط ت )

10) Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas: (ظ ث ذ )

Tip: Ingat 4 bahagian utama itu lebih mudah iaitu: pangkal, tengah, tepi dan hujung lidah.

Senangkan ke susah susah nak belajar tajwid ni? Sila komen

Klik sini –> NAK MULA BELAJAR MENGAJI BERTAJWID??

JOM BELAJAR TAJWID (BAB 4)

Makhraj huruf bermaksud tempat keluar sebutan huruf-huruf hija’iyyah. Terdapat 5 pembahagian umum kesemuanya. Di dalamnya pula terdapat 17 makhraj huruf khusus.

1- Al-Halq
Ia bermaksud kerongkong tekak atau halkum. Teradapat 6 huruf kesemuanya yang keluar dari kerongkong tekak, iaitu (خ غ ع ح ه ء) Huruf Halqi tersebut pula terbahagi kepada 3 bahagian khusus iaitu Pangkal, Tengah dan hujung Kerongkong.

Cuba letakkan jari dan sebut satu-satu huruf mengikut peringkat-peringkat seperti dalam rajah. Contoh ء dan ه anda akan rasa ada tekanan bila menyebutnya kalau tak rasa itu bermakna sebutan anda masih kurang tepat.

Bersambung bab 5…..

KLIK SINI –> NAK MULA BELAJAR MENGAJI??

JOM BELAJAR TAJWID (BAB 3)

Ada 4 martabat bacaan Al-Quran yang perlu diketahui. Ada orang dia masih belum lancar membaca tetapi bila dia membaca dia menggunakan martabat Level Hadar. Ini adalah cara yang salah. Jika anda masih dalam kategori ini cuba gunakan cara bacaan Tahqiq atau Tartil. Insyaallah anda akan nampak perbezaan dalam bacaan anda.

Anda dalam kategori yang mana??

Bersambung Bab 4….

Klik Sini–> NAK MULA BELAJAR MENGAJI??

JOM BELAJAR TAJWID (BAB 2)

BAB 2

HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah.

Akan tetapi, hukum mengamalkan tajwid yakni ketika membaca Al-Quran adalah Fardhu ‘Ain, atau wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf. Adapun bagi mereka yang mengingkarinya adalah Berdosa!

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM MEMBACA ALQURAN

LAHN JALI(Kesalahan besar)

Berlaku pada kalimah yang mencacatkan uruf/adat bacaan samada ianya merosakkan makna atau tidak. Ia terjadi dalam beberapa keadaan contohnya:
Berlaku penukaran huruf yang merosakkan makna seperti huruf (ح) di tukar menjadi (ه) pada kalimah (اَلرَّحِيمِ).Al-fatihah.
Menukar tanda bacaan seperti baris fathah (ــــَـــ) kepada baris dhammah (ــــُـــ) pada ganti nama Ta menjadi (تُ) pada kalimah (اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ). Al-Fatihah
Meninggalkan huruf atau menambah huruf pada kalimah, kerana ia boleh merosakkan atau mengubah makna kalimah ayat.
Kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa, pembaca Al-Quran wajib meninggalkannya dan berhati-hati ketika membaca Al-Quran,Ia dinamakan kesalahan yang nyata,

LAHN KHAFI(Kesalahan Tersembunyi)

Berlaku pada kalimah yang tidak merosakkan/berubah makna seperti:

Meninggalkan dengung, tidak dapat menentukan kadar harakat mad dengan tepat dan tidak dapat membaca sifat takhfim atau tarqiq dengan sempurna.
Kebanyakkan ulama Tajwid menyatakan hukumnya ialah makruh dan tidak berdosa bagi mereka yang mengetahuinya, namun demikian pembaca Al-Quran digalakkan mempelajarinya kerana ianya merupakan kesenian dan keindahan Al-Quran.

Ia dinamakan Lahn Khafi kerana kesalahannya hanya dapat dikesan oleh ahli-ahli pembaca Al-Quran tidak pada kaum muslimin khususnya

Bersambung Bab 3….. Insyallah…

Klik Sini–> NAK MULA BELAJAR MENGAJI??

JOM BELAJAR TAJWID (BAB 1)

PENGERTIAN TAJWID

Tajwid dari sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau mempercantikkan/memperindahkan.
Menurut istilah Tajwid bermaksud melafazkan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul dan memberikan hak sifat-sifat setiap huruf yang dimilikinya.
Ringkasnya, ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca Al-Quran dengan baik dan betul.



TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Supaya dapat membaca ayat suci Al-Quran secara fasih, lancar, serta dapat memelihara lidah dari kesalahan-kesalahan ketika membaca al-Quran.



FADHILAT MEMPELAJARI ILMU AL-QURAN

Ilmu Al-Quran adalah semulia-mulia ilmu kerana ia berkaitan dengan kitab Allah, dalam hadis riwat imam Al-Bukhari:
(عَن عُثَمانَ رَضِىَ اللٌهُ عَنهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللٌهِ صٌلَى اللٌهُ عَلَيهِ وَسَلٌمَ خَيُركُم مَن تَعلٌمَ القُرانَ وَعَلٌمَ)
رواه البخاري
Dari Uthman RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang belajar al Qur’an dan mengajarkannya.” (HR Bukhari)

Bersambung Bab2….

Klik Sini–> Nak Mula Belajar Mengaji?

Cara Mempelajari Al-Quran

Al-Quran perlu dipelajari dengan cara berguru ataupun bertalqqi. Ini berdasarkan peristiwa di mana Nabi SAW diajar oleh Jibril AS secara bertalaqqi. Di samping itu, Nabi SAW akan belajar al-Quran dengan Jibril AS setiap tahun sekali melainkan pada tahun kewafatan Baginda SAW iaitu sebanyak dua kali sebagaimana di dalam hadith yang sahih:

  • Daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:

أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي

Maksudnya: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang”. [Riwayat al-Bukhari (3353)]

Daripada hadith ini, jelaslah bahawa al-Quran perlu dipelajari melalui cara bertalaqqi atau berguru. Ini juga merupakan sunnah para salaf yang diamalkan oleh para sahabat apabila mereka mengambil atau mempelajari terus daripada Nabi SAW. Setelah itu, Nabi SAW mengutuskan para sahabat ke beberapa buah tempat untuk mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Ini juga yang diamalkan oleh generasi selepas daripada sahabat seperti tabi’in, tabi’ tabi’in dan selepas daripada mereka.

Nak Mula Belajar Mengaji?

Klik Sini

Design a site like this with WordPress.com
Get started