JOM BELAJAR TAJWID (BAB 2)

BAB 2

HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah.

Akan tetapi, hukum mengamalkan tajwid yakni ketika membaca Al-Quran adalah Fardhu ‘Ain, atau wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf. Adapun bagi mereka yang mengingkarinya adalah Berdosa!

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM MEMBACA ALQURAN

LAHN JALI(Kesalahan besar)

Berlaku pada kalimah yang mencacatkan uruf/adat bacaan samada ianya merosakkan makna atau tidak. Ia terjadi dalam beberapa keadaan contohnya:
Berlaku penukaran huruf yang merosakkan makna seperti huruf (ح) di tukar menjadi (ه) pada kalimah (اَلرَّحِيمِ).Al-fatihah.
Menukar tanda bacaan seperti baris fathah (ــــَـــ) kepada baris dhammah (ــــُـــ) pada ganti nama Ta menjadi (تُ) pada kalimah (اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ). Al-Fatihah
Meninggalkan huruf atau menambah huruf pada kalimah, kerana ia boleh merosakkan atau mengubah makna kalimah ayat.
Kesalahan ini dihukumkan haram dan berdosa, pembaca Al-Quran wajib meninggalkannya dan berhati-hati ketika membaca Al-Quran,Ia dinamakan kesalahan yang nyata,

LAHN KHAFI(Kesalahan Tersembunyi)

Berlaku pada kalimah yang tidak merosakkan/berubah makna seperti:

Meninggalkan dengung, tidak dapat menentukan kadar harakat mad dengan tepat dan tidak dapat membaca sifat takhfim atau tarqiq dengan sempurna.
Kebanyakkan ulama Tajwid menyatakan hukumnya ialah makruh dan tidak berdosa bagi mereka yang mengetahuinya, namun demikian pembaca Al-Quran digalakkan mempelajarinya kerana ianya merupakan kesenian dan keindahan Al-Quran.

Ia dinamakan Lahn Khafi kerana kesalahannya hanya dapat dikesan oleh ahli-ahli pembaca Al-Quran tidak pada kaum muslimin khususnya

Bersambung Bab 3….. Insyallah…

Klik Sini–> NAK MULA BELAJAR MENGAJI??

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started